NUFFNANG

Wednesday, September 22, 2010

.......

dah lame blog ni x di update...
bukan kerana malas tapi kerana tiada medium yang dapat digunakan untuk mencoret di blog yang tak seberapa ni...

kalau nak diikutkan macam-macam mende nak ditulis dalam blog ni...
mengenai kerinduan pada k.yong, kesibukan membantu suami di bulan ramadhan, persiapan hari raya, baju raya untuk c pp merah......iishhh macam-macam lagi la..

paling terbaru aku suke mengintai-intai blog 'Doa buat Alanna'
betapa aku amat menyukai apa yang tercoret di situ..terasa satu kekuatan untuk aku hadapi apabila kehilangan anak sulungku...aku tidak sekuat mummy alanna untuk menulis blog begitu..
pernah satu ketika dulu aku bercita-cita untuk buat begitu namun aku hanya mampu membuat satu jer entri untuk k.yong..itu pun dengan deraian air mata yang tak dapat ku tahan...
puas aku kumpul kekuatan untuk menulis itu...namun aku tetap tidak sekuat mummy alanna...

tak lama lagi pp merah nak sambut harijadi..
namum hanya majlis kecil-kecilan yang dapat aku bayangkan buat masa ini...berlainan dengan majlis harijadi k.yong yang aku buat...sebulan sebelum majlis banyak yang telah aku aturkan..
selalu juga aku cakap pada en suami..
"mummy rasa macam tak adil pulak,time kakak dulu besar-besaran tapi adik?''
en suami kate, "takpe la mummy,bukan sekali ni dia nak sambut harijadi kan?"
aku terus terpikir...ye juga...time k.yong tu aku buat besar-besaran bersebab...itu lah kali terakhir k.yong sambut harijadi dengan penuh keriangan..mase k.yong 2 tahun k.yong dah sakit...dah tak dapat nak bergerak...dah tak dapat nak bergelak ketawa...hanya mata terkebil-kebil memandang orang...
jadi aku pikir takpe lah kalo tak buat besar-besaran sebab pp merah masih banyak waktu
(itu yang aku doakan)