NUFFNANG

Saturday, June 25, 2011

Tanah Kubur

Assalamualaikum...


Korang semua pernah tak tengok cerita 'tanah kubur'?Cerita tu biasanya kat channel 106,astro oasis..


Lepas Maharaja Lawak,kebetulan cerita itu sedang ditanyangkan..Kisah malam itu bertajuk 'Airmata Seksa'..


Kisah itu menceritakan seorang ibu yang tidak meredhai kematian anaknya..Roh anak tidak tenang kerana ibu sentiasa menangis..


Aku terus teringatkan saat2 kak yong bertarung untuk hidup..setiap hari aku doakan agar kak yong sembuh..setiap hari aku doakan agar Allah tentukan yang terbaik untuk kak yong..namun sebenarnya aku masih belom bersedia untuk kehilangan dia..


Kak yong semakin tenat..aku tidak berdaya lagi melihat kesakitan yang ditanggung..aku dan suami meluahkan yang sememangnya kami belom bersedia untuk menghadapi kematian insan tersayang..tetapi jika itu yang terbaik kami redha..


Saat aku diberi melihat kak yong, nafas kak yong semakin lemah..aku redha jika rezeki aku bersama kak yong hingga disitu saja..kak yong 'pergi' meninggalkan aku..meninggalkan kami..walaupun pedih namun itulah ketentuannya...TIDURLAH BIDADARI SYURGA..


AL-FATIHAH
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Lahir duhai anak..



Assalamualaikum..

Pada 18 jun 2007, jam 9.05 malam Hasya Damia mummy lahirkan..
sepanjang mummy kandungkan Damia seingat mummy tidak merasa susah..
mummy mampu membuat kerja di kedai..
buat air, buat burger, amik order, semuanya mummy lakukan..


Sehari sebelum mummy lahirkan Damia pun, sempat mummy berjalan-jalan ke shopping complex..
mungkin itulah kali pertama mummy mengandung, jadi mummy jadi takut , teruja...


Kelahiran kamu memang dinantikan..mungkin sudah lama dalam keluarga mummy tiada baby..
Bagi keluarga daddy pulak, kamu lah anak, cucu, cicit sulung..
jadi dengan adanya kamu hasya damia, keluarga mummy dan daddy menjadi sangat gembira..



Semalam adalah hari lahir hasya damia yang keempat..
namun kamu tiada disisi kami semua untuk kami raikan bersama..
mummy tetap bersyukur duhai anak, walaupun kamu tiada di sini tetapi kehidupan kamu amat lah tenang dan damai di sana..tidak sama indah nya kalau nak dibandingkan dengan mummy di sini..


Semalam juga, adalah kali pertama mummy bawakan adik ke rumah kamu..
sungguh teruja adik bila mana mummy katakan ingin bawa dia ke rumah kakak..
bila diajak untuk bersiap, adik tiada alasan..
hanya menurut..






Sejuknya angin ketika daddy, mummy dan adik mula melangkah masuk ke 'rumah' kamu..
lamanya mummy tak ke rumah kakak damia..








pertanyaan adik yang membuat mummy sebak..
"mane kakak mummy?"
adik irdina tolong bersihkan rumah kakak sebab penuh dengan daun-daun kering yang gugur..
lagi yang membuat mummy bertambah sedih,
"kakak, adik datang ni"..


Daddy , mummy dan adik hadiahkan Al-Fatihah buat kakak Damia..

SEMOGA HASYA DAMIA TENANG DISANA
tunggu mummy wahai bidadari syurga..

amin.


Saturday, June 18, 2011

sape suke conteng muka?


assalamualaikum..


uolss yang gegirl seme suke tak pakai mekap?
banyak tak barang mekap korang?
yang jenama gempak @ yang cikai jer?

kalau nak cerite brand mekap tu tak yah kot..
sebab aku pakai yang bese2 jer...
mak ni bukan berduit sangat nok..

tapi aku memang pakai mekap2 ni..
kalau keluar rumah tak berbedak cam tak best pulak..
pakai celak sikit, letak2 blusher sikit...
maskara tu aku pakai kadang2 jer..
alah bile mood nak mekap cam retis datang barulah pakai...
tapi dalam banyak2 mende yang dah aku conteng kat muka tu,
lipstick la paling aku tak berape nak suke pakai..

ntah kenape rase cam tak cantik pulak bile pakai..
ekekkekkek...
*kalau pakai mekap tapi tak pakai lipstick pun ko cantek ke nok??*


sebabkan dah lama tak pakai lipstick dan memang takde sebatang lipstick pun dalam koleksi mekap aku,
aku pun order lah satu dari makcik aku yang jual avon..


abih kalau dah ada tu, haruslah pakai kan..
untuk 2jam pertama, rasanya lipstick tu masih melekat lagi kat bibir ni..
tapi lepas je makanan dah kusumbatdalam mulut,
ntah kemane pulak hilang nye..

korang tengok ni..


kalau diperatikan bebetol, lipstick tu tinggal kesan kat bibir bawah jer..
kakak ipar aku cakap, bukan cam pakai lipstick tapi dah macam bebudak minum air F&N merah pulak...
tu lah maleh mak nak pakai nok...


muahhhh sikit...
terus ilang lipstick ku iteww..kekekekek..

Friday, June 17, 2011

pp merah yang macam-macam


assalamualaikum...

salam petang jumaat..sekejapnye masa tu berlalu..
baru lagi menulis kat blog hari jumaat lepas..eh..eh..dah jummat balik...


okey lah...
ni nak cerita pasal cik pp merah yang makin hari makin banyak persoalan..
setiap hari akan ada mende baru yang dipelajari..

pp merah ni kadang2 akan diletakkan di rumah mak mertua aku..
setiap kali selepas balik dari kedai dan ambik dia dari rumah neneknya, akan ada jer cerita pasal cik pp merah ku yang seorang ini..

pernah nenek kata pp merah ni pot pet pot pet sebab banyak sangat bercakap..
pastu bila nenek marah dia sepahkan barang mainan, dia cakap nenek dia pulak yang pot pet pot pet..
kalau dulu senang bila diajak tido, tapi
sekarang ada saje alasan dia..
badan gatal lah, pampers ketat lah...

nakal2, potpet2 pun pp merah ni boleh diharap jugak..
kalau disuruh ambilkan barang, dia akan tolong ambilkan..
cuma kalau disuruh kemaskan mainan dia amatlah malas..


pp merah tak marah kalau mummy dan daddy pegang baby lain..
malahan pp merah suruh bawak baby tu balik kerumah..
pernah aku bawak balik anak kakak ku yang berusia 2 bulan..
pp merah seronok..setiap kali adik darwisy bangun menyusu, pp merah duduk sebelah jadi peneman..


pp merah seorang aktif, petah bercakap, manja..
walaupun kadang kala perbuatan nakal dia tu boleh buat aku naik angin,
tapi dia memang penghibur..
aksi lucu dia menghilangkan sakit penat aku dan encek suami..















peace ^_^v

Thursday, June 16, 2011

macam-macam ada dalam bulan ini...



assalamualaikum...

fuhh...dah bulan enam lah..ceh dah tengah bulan, baru nak perasan yang skang dah bulan nam..caiiittt...

bukan buat2 lupa tapi banyak pulak event bulan ni..
yelah kalau bulan lepas ai bergumbira kerana hari ibu dan hari lahir jatuh pada bulan yang sama,
bulan ni encek kekasih hati pulak yang suke sebab bulan ni hari bapa dan hari lahir dia..

kalau ikut, memacam idea ada dalam kepala neh..tapi?????
pening pulak dalam kepala bile memikirkan ongkos yang takde bagi menjayakan idea2 dalam pale tu..
hahahahhaha..


sebab encek kekasih suka sangat ngan manchester united, ada gak usha2 kek..
dah jumpa kek man u tapi tak reti pulak nak order online mende cenggitu..
sekarang tengah usahakan jugak..


terpikir nak buat suprise birthday tapi tak tau nak berkomplot ngan sape..
kalau 4 tahun lepas membuat pakatan bersama kengkawan dia, tahun ni tak tau nak berpakat ngan sape..
huhhhh....


ape ape pun harap kekasih hati menjadi seorang bapa yang baik untuk anak nya dan semoga dipanjangkan umur..


Tuesday, June 14, 2011

kisah hari cuti & pisau cokor



semalam mem bagi cuti satu hari...
2 minggu cuti sekolah memang ramai customer datang singgah ke kedai..

kebetulan pulak pp merah ada temujanji kat klinik kesihatan..
pp merah suka kalau ke klinik kesihatan sebab ada tempat untuk bermain disediakan..
selain tu pp merah suka tengok baby..semua baby yang datang tu nak ditegur..
masa di periksa pulak, sibuk nak dibelek barang2 kat situ..
semalam masa nurse check berat pp merah 11kg jer..
tapi nurse cakap ok..
alhamdulillah..

siap je urusan kat klinik, apelagi masa untuk menambah berat badan..heheh..
old town white cafe tempat lepak kitaorang hari tu..


semua yang di order  pun nak dicuba..maria tengku sabri betol..



kekasih hati ni kalau dah makan tak toleh kiri kanan langsung...huh..


dah senak perut, apalagi...mintak bil, bayo, balik umah jadi ulo sawa..
hahahahha...



aktiviti petang hari pulak, kekasih hati nak main bola..
kebetulan pulak ada pasar tani kat sana..
aku ngan pp merah berjalan2 ler sesambil beli kuih muih tuk minum petang..
tapi rupanya pp merah sudah mengatur agenda..
masa aku tanya nak makan apa, dia ikut aje yang aku beli..
siap jer beli makanan, pp merah tarik tangan aku ke gerai yang jual mainan..
aramak....bang..bang..boom..
dah terkono lah ni..


muuuuaaahhhh mummy...



suke la kan..



nak masak nasi goreng untuk mummy...
"jap eh" pp merah cakap..


tak kesah la kena pow ngan anak..janji dia happy..

Sunday, June 12, 2011

luka dilukai



Irdina!! tak mo la usik tu...
Irdina!! jangan main dekat air tu..
Irdina!! makan elok2 k..jangan kotorkan baju..


hehehehh....kalau tulis tu tak nampak garang kan??
tapi itu adalah hanya kat alam maya ni, kalau di alam nyata seyes cakap tu sambil ngan mata bulat...hahahah..


Irdina @ cik pp merah dah setahun tujuh bulan pun sekarang..
so adat lah dengan umur dia tu sekarang banyak yang nak di tanya, sedang nak belajar itu dan ini..

nakal???emmm tak usah lah diragui..memang nakal..
kalau kat rumah, abis setiap pelosok rumah tu dia dah terjah..
panjat sofa??ouh, itu perkara biasa..
berlari kesana kemari?itu pun biasa..

mulut pun dah pot pet pot pet sekarang..
"mummy, buat ape tu?"
"apetu mummy?"
kalau ada yang menegur apa yang tengah dibuat konfem akan kena "syibok lah"
daddy dia pun kalau tak dengar ape yang dia nak cakap kan dipanggil nya "botak"..

tapi dalam nakal2, dalam potpet2 tu,
kalau dengar bunyi hon orang jual roti @ pun lori yang jual tilam dari rumah ke rumah,
tanpa toleh ke belakang akan membuat larian pecut..hihihiihi...


semalam pp merah ikut nenek ke kedai..
kalau kat kedai nenek pp merah memang suka main paip air kat dapo..
dah dilarang tapi dia akan main jugak..
jadi dalam ulang alik nak main air tu, pp merah jatuh dalam longkang..
punya nak tunjuk heroin, dia tak nangis cuma merengek..
itu pun sekejap je kata nenek..

hasil dari jatuh longkang tu?
nak tengok??
ni hah...
.
.
.
.
.
.
.

dan ini lagi
.
.
.
.
.
.
.


tak tau nak cakap macam mane lagi dah..
kalau nak dilarang tu memang payah pp merah nak dengar..
so kena ikut jer kemane di nak pegi dan tengok apa yang dia nak buat..
kalau nampak macam ape nak dibuat tu mendatangkan mende tak elok, 
cepat2 tangkap ...hahhahaahahha...



Friday, June 10, 2011

jumaat yang sepi




dah lama betul mummy tak ziarah "rumah" kak yong...
mummy bukan lupa pada kak yong tau..
tak pernah walau sesaat pun mummy lupakan kamu sayang..

dari saat mummy celikkan mata sehingga ingin melelapkan mata, 
mummy akan ingat kan kamu..

kadang-kadang mummy nampak kakak dalam adik..
sama..
entah kenapa rindu betul mummy pada kakak hari ni..
mummy tahankan air mata dari mengalir...tapi hati pedih menanggung..



Hasya Damia, semoga kamu tenang di sana..
tunggu mummy yer sayang..

Saturday, June 4, 2011

camne nak betul kan ni?????arghhhhh



dah banyak tutorial yang aku blaja..
dah memacam yang aku buat..
godek sana.....godek sini...



tapi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


entri kat blog picisan aku ni tetap tak dapek sesape nak komen..

ada tak sesape boleh tolong??