NUFFNANG

Saturday, June 25, 2011

Tanah Kubur

Assalamualaikum...


Korang semua pernah tak tengok cerita 'tanah kubur'?Cerita tu biasanya kat channel 106,astro oasis..


Lepas Maharaja Lawak,kebetulan cerita itu sedang ditanyangkan..Kisah malam itu bertajuk 'Airmata Seksa'..


Kisah itu menceritakan seorang ibu yang tidak meredhai kematian anaknya..Roh anak tidak tenang kerana ibu sentiasa menangis..


Aku terus teringatkan saat2 kak yong bertarung untuk hidup..setiap hari aku doakan agar kak yong sembuh..setiap hari aku doakan agar Allah tentukan yang terbaik untuk kak yong..namun sebenarnya aku masih belom bersedia untuk kehilangan dia..


Kak yong semakin tenat..aku tidak berdaya lagi melihat kesakitan yang ditanggung..aku dan suami meluahkan yang sememangnya kami belom bersedia untuk menghadapi kematian insan tersayang..tetapi jika itu yang terbaik kami redha..


Saat aku diberi melihat kak yong, nafas kak yong semakin lemah..aku redha jika rezeki aku bersama kak yong hingga disitu saja..kak yong 'pergi' meninggalkan aku..meninggalkan kami..walaupun pedih namun itulah ketentuannya...TIDURLAH BIDADARI SYURGA..


AL-FATIHAH
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop