NUFFNANG

Wednesday, February 15, 2012

januari 2012~~

assalamualaikum..


Dari sehari ke sehari jari jemari ni nak mencoret tapi kadang kala seperti tidak kesampaian..
kemalasan ataupun tidak mahu menitis airmata, aku sendiri tiada jawapan..


Isnin, 16 januari 2012...
aku melepak seperti biasa di meja yang boleh ku gelarkan meja vip..selalunya meja itu akan jadi pilihan kami2 yang bekerja di kedai berborak..hari itu aku berborak dengan ayah yang baru balik dari masjid..
tapi ada kelainan pada topik yang kami bincangkan aritu..aku rasakan lebih pada luahan hati ayah..
tidak seperti hari2 biasa..ayah sentiasa bergurau dan menanyakan tentang aku yang selalu mengadu itu dan ini...
hari itu, ayah seperti mahu selesaikan semuanya..membeli stok barang untuk kedai..takut nanti hari raya cina kedai banyak yang tutup..ayah hantar kereta pegi servis dan cuci sekali..mau balik kuantan nanti..
sebelum ayah ke masjid untuk solat asar, ayah sempat menegur aku dan anak2 sedara.."nanti pakai baju lengan panjang,taknak pakai baju lengan pendek lagi tau"..kami hanya senyum..


Seawal jam 4.30 pagi hari Selasa, aku yang mamai2 dengar bunyi telefon..aku ingatkan suami sengaja biarkan..rupanya dia masih lena..hati berdebar..panggilan telefon di pagi hari memang membuatkan hati ni resah..kakak yang memanggil..kakak aku mintak aku bertenang dan bersabar...
 aku tak boleh tunggu..apa yang nak dikatakan..
kakak mengabarkan tentang 'kepergian' ayah...
aku tak dapat terima tu..aku baru bergurau dengan ayah..aku baru berborak dengan ayah..
ayah sihat pegi membeli barang,memandu kereta...
suami aku yang terdengar aku menangis, terus terkejut dari tidurnya..
tiada ucapan yang panjang...
hanya "ayah dah takde".....


lelaki yang kupanggil ayah itu hanyalah ayah tiri..namun ayah seorang yang penyayang..susah nak jumpa ayah tiri yang sayangkan anak-anak tiri seperti anak sendiri..hubungan bapak dan ayah juga sangat baik..kebetulan bapak dan ayah menyambut hari lahir pada tarikh yang sama..14 julai..
ayah melayan setiap kemahuan kami adik beradik..lambat dan cepat jika ada yang kami mintakan pada ayah..mesti dapat..sangat beruntung kami kerana mempunyai 2 orang bapa yang sangat baik..
mak,memang amat dimanjakan oleh ayah..bukan hendak memuji tapi setiap kerja rumah ayah akan siapkan..mungkin ada yang kata, tak patut ayah yang buat semua tu tapi ayah taknak mak buat..ayah tau mak tak larat..mak tak sihat kerana paru-paru berair..


sebelum ayah pergi, selalu ayah nasihatkan kami..pada pekerja2 di kedai, sebelum ayah melangkah kaki ke masjid, mesti ayah panggil dorang sekali..ayah selalu pesan pada anak2 sedara aku supaya pakai tudung dan menutup aurat..tapi dorang hanya tersenyum..aku walaupun anak tiri, memang antara yang dimanjakan..kebelakangan sebelum ayah pergi, ayah selalu berborak dengan aku..ada satu hari ayah  yang baru balik dari masjid, dengan berjubah putih ayah memeluk dileher dari belakang..itulah yang terakhir..


ayah takde sakit yang serius pun sebelum ni..cuma adakala ayah mengadu sakit kaki dan kebas2 tangan, tapi ayah tetap buat kerja harian seperti biasa..tapi pagi tu, ayah tiba-tiba sesak nafas..melihat keadaan ayah, mak telefon hospital..dalam ambulans kata sepupu aku yang meneman ayah, ayah meggengam tangan dia..tapi makin lama, makin kuat genggaman ayah seperti menahan sakit yang amat sangat..
ayah pengsan di hospital dan doktor memberi bantuan pernafasan pada ayah..kakak yang bersama ayah dalam wad kecemasan tak sanggup nak melihat..

ayah pergi begitu pantas..sakitnya juga tidak lama..
ramai sangat yang datang menziarah arwah ayah..segalanya amat mudah...kata pakcik yang memandikan arwah ayah, sepanjang dia mengenali arwah ayah, ayah adalah orang yang baik..tapi bukan seorang dua yang katakan begitu..mungkin kerana itu segalanya amat mudah..bapak kandung aku cakap yang bapak amat terhutang budi pada arwah ayah sebab kasih sayang yang ayah berikan pada kami dan mak amat ikhlas..


kehilangan ayah memberi kesan pada kami..lebih2 lagi pada mak yang selama ini memang bergantung kasih pada ayah...aku berdoa agar kami adik beradik mampu menggembirakan hati mak..mampu menjaga mak..


ayah, kakak rindukan ayah..takde lagi orang yang nak bagi 'gaji ' kat irdina..takde lagi orang yang nak tanyakan apa yang kakak nak makan masa tengah mengandung ni..takde lagi orang yang buat2 terpijak kaki kakak bile ada kasut baru...takde lagi orang yang kakak nak mintak tambahkan duit bile tak cukup nak bayarkan air...
bile kakak tanyakan pada irdina, "aki mana dik?"
jawapan irdina, "aki tidur, dekat umah kakak mia"..
:(


semoga ayah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
amin...