NUFFNANG

Thursday, February 10, 2011

K.A.M.I




KAMI teman sepermainan..
KAMI selalu bersama ketika kecil..
jika bersama , ada saja yang KAMI bualkan dan KAMI sering ada agenda apabila berdua..


aku dan dia sering berkongsi masalah..
zaman muda mudi biasanya cerita KAMI berkisar tentang kawan sekolah, kawan lelaki...hikhik..


waktu cuti sekolah 
kalau aku tak bertandang ke rumah dia, dia yang akan ke rumah aku..
KAMI akan bercerita sepanjang malam..
aktiviti KAMI berborak , mendengar sambil merekod lagu2 dari radio( zaman sekolah, mana de duit sangat )
mak ayah konfem bising sebab dah la tido lambat, pastu matahari dah tinggi baru nak bangun( ayat mak)


zaman remaja KAMI masih bersama..
memang enjoy..
memang nakal..


Eh...eh..
JUST MARRIED !!!
aku berkongsi kegembiraan bila dia dah masuk alam perkahwinan..
dan lebih gembira bila dia nak menimang cahaya mata..
jodoh aku dengan enchek suami juga tiba..
terima kasih pada dia yang mengenalkan aku dengan suami terchenta...
yang best KAMI sama2 preggy tahun 2009..
cuma si pp merah aku kuar lebih awal 2 bulan dari si comey jeha..


dia bekerja dan aku juga sibuk menolong kedai..
disebabkan aku tolong sebelah pagi jadi jarang2 dapat lepak bersama..
sebab dia selalu datang makan malam..
pernah sekali dia datang ke rumah....
siap tapaukan kfc lagi..
tetap best walopon dapat lepak2, gosip2 sekejap..


disebabkan lama KAMI dah tak borak lame2,
aku call dia di suatu hari..
dia pun cakap kan mende yang sama..
"a'ah la kak, lame kite tak jumpe n borak lame2 kan, apa kate nanti kita pegi bercuti sesama nak?"
aku bersetuju dengan cadangan dia tapi aku perlu kumpul duit dulu..
"alah, awak simpan duit untuk minyak kete jer, tempat tinggal ngan makan orang support"
aku tamatkan perbualan tu dengan ok ,INSYA ALLAH..


ari isnin minggu tu,
dia call aku...
katanya nak berjumpa tapi aku pulak tengah kerja..
kata dia takpe lah nanti kite jumpa yer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jam 5 pagi pada hari khamis minggu tu..
bunyi phone tapi aku tak larat nak bangun lagi jadi mintak tolong hubby angkatkan..
hati ni macam terasa ada yang tak kena sebab ada orang call pepagi camni..
>"sape da?"
~"mak call , mak cakap wani eksiden"
>Ya Allah, abis wani macam mana?teruk ke?"
~mummy , wani dah takde..dia meninggal..

=bingung=
airmata terus mengalir


aku terus teringat panggilan pada ari isnin tu..
baru sangat aku berborak dengan dia..
terasa serba salah dan ralat yang amat sangat sebab aku tak sempat nak jumpa dia..


jenazah arwah wani @ adik (panggilan keluarga) selamat sampai petang itu juga dari perak..
lepas solat jenazah, aku dan ahli keluarga yang lain diberi kesempatan untuk melihat wajahnya untuk kali yang terakhir...
'rumah' adik berdekatan dengan 'rumah' kak yong..


sedih yang teramat sangat kerana arwah seorang yang rapat dengan aku..
dan rasa terkilan masa ada sehingga ke hari ini..
masih terngiang-ngiang suara dia ,
masih ternampak2 wajah dia ,
masih teringat2 gelagat dia bila kami bersama..


sengaja aku tunjukkan entri ni pada hari ini 10/2/11
walopon aku dah menulis lebih awal..
esok 11/2/11 harijadi adik tapi tak sempat KAMI nak meraikannya..
akan ku sedekahkan Al-Fatihah buat mu adik..
moga roh mu tenang disana


o~~~~~~o











3 comments:

Nyonya Mansor said...

Al-Fatihah buat adik kesayangan kite... kalo dia masih ada owg dah hajat nak selebret wpon kecik2 mcm arwah selebret besday owg jun lalu... tu kali terakhir adik banje kek... sok owg akan tunaikan hajat tu wpon adik dah tiada di dunia... tp kite ttp tau... adik ada di antara kite... adik.. owg windu kat adik.... my one n only

Anonymous said...

al-fatihah..salam takziah untuk ain & keluarga Wani..

ctn said...

Al-Fatihah buat adik wanie...by the way hari ni Zara dah goes to 6 month ...i next month with the same number of my lately sista ...