NUFFNANG

Saturday, October 16, 2010

Erti Sahabat



malam tadi aku teman hencek suami ke KL..
mau berjumpa dengan kawan-kawan dia..mintak tolong repairkan kereta...
kiteorang lepak kat kedai mamak area batu caves..




sedang duk leka berborak  hencek suami tersebut satu nama...
nama tu mengingatkan kembali kenangan sewaktu di HKL...
tak pasal-pasal hati jadi sayu..

































'hari ni damia nak opret..ahli keluarga semua dah kami beritau..
daddy telefon mana kawan yang rapat dengan dia..mummy pun..tapi kawan-kawan mummy jauh dan sudah berkeluarga..tak lama damia masuk dewan bedah, kawan-kawan daddy datang..
uncle salem, uncle mamat, uncle mael @ torres, uncle nizam...
pak ngah heirmin pun datang bawak kawan-kawan dia..'


'lama sangat tunggu damia kena bedah..
semua orang risau...semua terjenguk-jenguk di cermin padahal tak nampak pun..
lepas satu..satu orang keluar tapi anak mummy tak jugak keluar...
mummy risau...semua orang risau..daddy pun risau tapiiiii...
kerisauan daddy ditenangkan kawan-kawan dia...'


'8-9 jam damia di opret...
tetiba mummy ngan daddy kena panggil ngan doc...
hancur luluh bile diberitahu damia dalam keadaan kritikal dan perlu diletakkan di PICU..'


'waktu masih awal pagi..
semua menunggu khabar dari doc PICU pulak..
selain mummy, daddy dan keluarga yang lain
ada kawan-kawan daddy yang masih setia jugak menunggu..
mereka perlu kerja esok, manakala uncle nizam akan bernikah di perak..
tapi dorang tetap juga tunggu...'


'doc kata hasya damia masih kritikal..
otak bengkak, kehilangan banyak darah...
damia perlu dikomakan...'


'hari semakin cerah...
mummy perlu mengemas barang di wad neuro..
perjalanan keluar dari pediatrik daddy diiringi kawan-kawan...
mummy di belakang...
mummy terdengar uncle mael@torres bisik pada daddy..
"lepas ni dh takde orang panggil uncle torres lagi"
mummy nampak uncle macam menangis..
tapi memang damia rapat ngan uncle torres...'


'uncle salem, uncle nizam ngan uncle torres kena kerja...
uncle mamat bawak mummy ngan daddy pegi makan...
uncle mamat yang belanja..'


'2 hari damia dalam PICU...
badan penuh dengan wayar..
mummy ngan daddy tunggu damia buka mata..
puas di dalam kami tunggu di luar..'


'bukan mummy ngan daddy jer yang menunggu anak...
daddy berborak dengan sorang pakcik ni..rupenye pakcik ni pun tunggu anak dalam PICU...
dah 2 minggu anak dia kt PICU..
(bukan nak membangga)
kata pakcik tu dia dan isteri tertanya-tanya,siapa budak nama Hasya Damia ni,
sedap nama tu...
rupenya dia sedang berborak ngan daddy damia..'


'sejak dari hari tu, mummy ngan daddy mula rapat ngan pakcik ni..
mummy daddy panggil pakcik tu 'Abang Shah' dan isteri dia Kak Ina'
kak ina soarang doc..
nampak tak??
Allah nak menguji hambanya..
ibu seorang doktor tapi hanya tahu anak mengidap kanser saat anaknya mengidap kanser tahap kedua..'


'kami saling memberi peransang..
walau kami bergelak tawa waktu berjumpa namun dalam hati hanya Allah yang tahu...
3 minggu kami berkenalan ahkirnya ajal menjemput arwah anak Abang Shah dan Kak Ina..
sempat daddy bertukar nombor telefon...'


'damia kena chemotherapy..
tapi mummy je yang boleh tunggu..daddy???
daddy mintak tolong dari uncle salem ngan uncle torres..
dorang tumpangkan daddy kat umah dorang..
uncle salem ngan uncle torres ambik daddy kat pediatrik..
dorang bawak daddy pegi makan...
esok pagi-pagi uncle salem hantar daddy...'


'risaunya hati mummy bile buya tepon cakap damia makin kritikal..
sampai mummy kat wad KK3, doc cakap damia makin lemah...
mummy, daddy dan semua perlu redha saat damia dijemput Ilahi...'


'sampai di bentong, mummy nampak ramai sedara mara dah tunggu...
kawan-kawan daddy pun ramai..
kawan-kawan mummy bukan tak nak datang, dorang jauh
 tapi masih mengambil berat melalui sms..'





















entri ni bukan aku nak ulang tentang damia...
tapi tentang erti persahabatan...
bukan tentang wang ringgit.. 
tapi tentang semangat yang dorang berikan...
betapa kuat pertalian sahabat antara suami dan kawan-kawan..
bukan kawan tika bergembira tapi saat berduka juga..
tak sesal aku kenal mereka..




aku bersedih kerana kehilangan anak,
namun Allah menemukan aku dan suami dengan keluarga baru
Abang Shah dan Kak Ina...
Syukur...













2 comments:

MaMa yaNNa said...

Maakan mama sebab X dapat lawat Arwah kat sepital...
mase tu keadaan X mengizinkan...
mummy, jgn keci ati ye..

Tihara said...

susah nak cari sahabat setia.